Daisypath Happy Birthday tickers

I am Me

My photo
hello, anyway I'm Syaza. Uncle Nana's & Aunt Shelly's daughter. Turning to 20. KLMU student. Taking Diploma in Advertising. Actually, idk what to write ! :D I smile &a laugh too much for stupidest reason sometime. Tetapi seorg yg pemalu when first time meet someone new, a paper bag has never seemed like a BETTER accessory for hiding embarrassed laa. I love my friend :) I grown up already, to be a BETTER PERSON & even more meaner than before :) I am not here to pleased any of you people out there. This is just a place where I share my thoughts and random personal things about myself. My sincere thanks to those who became my follower and keep on reading my post. You're most welcome to drop in your comments and opinion, it may help me alot in the future time. Thanks for dropping . Loves, SyzaJacob TQSM<3
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 23, 2011

kematian

bayangkan kalau esok ajal kita pula yang tiba. apa yang telah kita tinggalkan di muka bumi ini kepada orang yang kita sayang ? apa yang telah kita bawa untuk di akhirat sana nanti. iman dan pahala yang mecukupi ? sudah cukup kah segala galanya untuk kita tempah tiket ke syurga nanti ? berdayakah aku meminta maaf mengucup tangan, dahi mama abah serta adik beradik aku tatkala jasadku sudah tidak bernyawa ? sempatkah aku merenung dan memberikan senyuman yang paling manis buat kawan kawan baik aku serta orang yang aku cintai ? Astaghfirullah. aku takut Ya Allah. aku takut berhadapan dengan kematian,
kematian yang pastinya akan dirasai oleh semua makhluk di muka bumi Allah ini. aku takut berhadapan dengan Mu Ya Allah dalam keadaan aku yang tidak bersedia. aku malu pada Mu. banyak lagi dosa ku Ya Allah. dosa ku ibarat butira butiran pasir di pantai yang tak terkira =(

bila tiba ajal aku nanti, tiada siapa yang akan dapat menghalangnya. peralatan perubatan yang canggih pun tidak mampu untuk menghalangnya. itulah yang dinamakan agungya kuasa Mu Ya Allah yang maha Pencipta dan maha Berkuasa. seperti apabila turunnya hujan ia akan memperlihatkan kepada kita tanda-tanda hujan akan turun seketika nanti, bermula dengan mendungnya awan dilangit disusuli dengan tiupan angin kemudian barulah ia akan turun membasahi bumi begitulah apabila akan tibanya ajal kita semua.

selepas kepermegian Arwah Amirul Razaili, seriously, aku byk menanges. mengenangkan apa naseb dia di sana. Ya Allah., kaw ampuni laa dosa hambamu ituuu. sesungguhnya jangka hayat beliau sekejap sahaja. kaw lapangkanlah kuburnya Ya Allah. aku amat menyayangi si dia. janganlah Engkau seksanya. setiap manusia tak lari dari kesilapan ;(

selepas pemergian Amirul, aku sentiasa takot. memikirkan giliran aku pula nnt ;( i do a lot of sins ;(

*anyway, guys, read my story dgn Arwah at axxavodoovilence.blogspot.com . thank you,

No comments:

Post a Comment